TUN DR ISMAIL - KEJORA TIMUR YANG MENGERDIP
SKU: UT007 · Weight: 0.53 Kg

MYR 25.00 · 2 left in stock

Require Shipping

Share this

Biografi ini mengupas riwayat hidup Tun Dr Ismail sebagai seorang doktor dan ahli politik yang disegani, bermula dari zaman kanak-kanak dan latar belakang keluarga hinggalah kepada pencapaian politiknya.

Ketokohan Tun Dr Ismail dalampolitik bermula pada zaman kemerdekaan dan beliau turut terlibat dalam proses perundingan kemerdekaan bersama-sama Tunku Abdul Rahman. Sumbangannya terserlah dengan perjuangannya dalam UMNO, kerja kerasnya dalam kabinet bersama-sama Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman.

Di bawah pimpinan Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail menjadi orang kedua dalam kerajaan, meneruskan kerja kerasnya membina negara yang aman dan makmur. Tun Dr Ismail dikenali oleh rakyat, rakan dan lawan sebagai antikronisme, antirasuah, berwawasan, juga pemikir yang hebat.

Hadirnya ibarat kejora yang bercahaya terang, tidak pernah padam kerdipannya bahkan menjadi suluh bagi yang memerlukan.



Become our customer and submit your review. Register now